Wajib Miliki Diploma

Kini Diploma Diperlukan Bagi Guru Pusat Asuhan dan Pra Sekolah 


Kuala Lumpur: Semua agensi pelaksana pendidikan prasekolah perlu mengambil guru prasekolah baru berkelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun depan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penetapan kelayakan akademik itu akan dikuat kuasa sepenuhnya pada 2020.

"Guru prasekolah yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan dan swasta boleh mengikuti pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang menawarkan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak menggunakan kelayakan masuk khas iaitu Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.

"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan pihak institusi pendidikan tinggi berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mahdzir berkata semua agensi pelaksana perlu memberi perhatian terhadap kebajikan guru prasekolah sedia ada yang tidak memiliki kelayakan untuk melanjutkan pengajian pada tahap diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
"Pendidikan prasekolah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan bagi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pada 1 April lalu, kerajaan meluluskan penetapan kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi guru prasekolah di Malaysia," katanya.
Menurutnya, penetapan dasar itu bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan di semua prasekolah dan pada masa sama menambah baik profesionalisme guru prasekolah di Malaysia.





Dipetik daripada Harian Metro : Selasa, 30 Ogos 2016





Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Peranan Pengasuh Kanak-kanak Berpendidikan

KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Universiti / Kolej)

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak