Kursus Terdapat di National Integrated College (NIC) Setapak
KURSUS TERBARU :
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK / EARLY CHILHOOD EDUCATION
DI
NATIONAL INTEGRATED COLLEGE (NIC)
NIC telah lama ditubuhkan sejak tahun 1999 dan masih kukuh teguh berdiri sehingga sekarang. Kebanyakkan kursus yan ditawarkan agar rare daripada kolej-kolej yang lain. Kalau nak tahu rare atau tidak boleh terus go though web NIC.
Kursus-kursus yang ditawarkan kebanyakkan mempunyai pasaran peluang kerja yang luas. Oleh yang demikian, mesti dan haruslah kelayakan untuk masuk juga agak tinggi. Bagi pelajar sains dan sastera bolehla usya-usya hujung mata kursus yang tawarkan.
Tapi di sini saya ingin memberi details tentang kursus pendidikan awal kanak-kanak. Ini rentetan daripada ramai orang yang tercari-cari di mana hendak menyambung pengajian bagi golongan cintakan kanak-kanak. Jangan cinta sahaja, tapi cubalah untuk mencorak sekali.
Saya kenalkan kursus di kolej ini kerana kursus ini baru sahaja diperkenalkan. Banyak kemudahan asas yang diperlukan oleh seorang pelajar di sediakan di kolej ini. Kolej ini terletak di Wisma Rampai, Setapak. Bagi warga-warga Sri Rampai mesti tahu kolej ini kan ??? ke xtahu juga .. Area Sri Rampai ni tidak lah sesak sangat sebab bukan dalam pusar bandaraya. Dari area Wisma ni siap boleh nampak Menara KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Kelas juga mengadap KLCC.
Buat masa sekarang, kursus ini hanya ditawarkan kepada local sahaja.
Antara syarat kemasukan bagi golongan sambung belajar dan pencinta kanak-kanak:
- Lulus SPM atau setaraf dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setara
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul
- Lulus SKM Tahap 3 dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak / Pra Sekolah, dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit dalam mana-mana subjek
Kursus ini mengambil masa selama 2 tahun setengah. Agak cepat berbanding kolej dan universiti lain. Yuran yang ditawarkan juga boleh tahan. Tetapi untuk lebih lanjut, pencinta pencinta sekalian boleh terus menghubungi koleh atau ke kolej.
Hostel / Penginapan disediakan kepada pelajar baharu. Berjalan kaki sahaja sudah sampai.
* daripada info sahih
Banyak lawatan
Terlibat melakukan pratikal di pusat-pusat asuhan
Tempat makan juga banyak di kawasan berhampran
*masakan melayu, kelantan, india, cina, indonesia semua ada
Kelas kondusif dan fleksibel
Kawasan kurang sesak
Banyak pengangkutan awam
*train/ grab/ uber/ bas rapid/ bas celok
Bagi yang ingin mengambil part time / separuh masa juga disediakan. Ini diberikan keutamaan kepada yang ingin menyambung pelajaran ( guru pra/ tadika/ taska)
*Jadual waktu sangat fleksibel
Bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur (Setapak / Wangsa Maju / Gombak / Setiawangsa / Ampang) sangat digalakkan untuk mengambil kursus ini.
*HASIL PANDANGAN ORANG SEKELILING
*KOLEJ INI MERUPAKAN KOLEJ TEMPATAN BUMIPUTERA
Untuk lebih lanjut boleh terus comment atau email.
Comments
Post a Comment