PENTINGNYA DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENTINGNYA DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
- Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan.
- Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.
- 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat.
- Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup.
Namun, Pendidikan Awal Kanak-kanak ketika itu tidak begitu berkembang kerana lebih merangkumi anak-anak golongan bangsawan manakala kanak-kanak dari keluarga yang tidak berkemampuan contohnya anak-anak pekerja hanya dijaga bukan dididik.Pendidikan
KELEMAHAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Awal kanak-kanak di Malaysia dahulu dan kini sedikit sebanyak telah berubah namun impaknya kurang kerana:
- Ibu bapa tidak sedar kepentingan pendidikan dari peringkat awal kanak-kanak.
- Kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa bahawasanya mereka merupakan guru pertama kanak-kanak.
- Ibu bapa kurang kesedaran bahawa bukan hanya guru yang dapat mendidik kanak-kanak.
- Pengamal Pendidikan Awal Kanak-kanak tidak menekankan pendidikan dan hanya menjaga secara sambil lewa.
- Kebanyakan penjaga diambil tanpa pengalaman serta pendidikan mengenai pendidikan awal kanak-kanak yang secukupnya.
- Pengusaha taska atau tadika swasta kebanyakan mengambil pengasuh yang tiada pengalaman kerana lebih murah gaji.
- Kurikulum yang disediakan tidak diikuti sepenuhnya kerana malas untuk mengajar kanak-kanak.
Tugas ibu bapa merupakan asas kepada pembentukan kanak-kanak untuk menjadi insan berguna. Hal ini bergantung kepada ibu bapa bagaimana untuk mencorak warna anak mereka.
Walau bagaimanapun, usaha satu pihak sahaja tidak mendatang hasil. Semua pihak perlu berganding mahu dalam melahirkan pewaris masa depan ini. Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa kini terlalu sibuk dengan desakan dunia dan arus permodenan yang makin hari mengancam ksejahteraan hidup. Anak-anak kecil terabai perkembangannya dibiarkan bersama pengasuh, penjaga, orang gaji dan guru. Kajian daripada (Khusairi, 2010) menyatakan, tempoh masa bersama/ berkomunikasi/ berinteraksi dengan seseorang mampu mempengaruhi tingkah laku individu tersebut.
Hal ini yang telah pada anak-anak masa kini. Dilihat ibu bapa nya seorang yang berjaya, berakhlak, dan disegani. Malangnya, sebaliknya yang berlaku pada zuriat dan keturunan mereka. Tidak siapa yang dapat di salahkan. Kerana semuanya bermula dari awal.
Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah awal bagi membantu perkembangan awal kanak-kanak. Salah satu langkah yang di ambil adalah terhadap penjaga dan pengasuh tadika dan taska di seluruh Malaysia iaitu dengan MEWAJIBKAN SEMUA GURU TADIKA DAN TASKA MEMPUNYAI PENDIDIKAN DIPLOMA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( EARLY CHILDHOOD EDUCATION)
Petikan daripada Harian METRO
"Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penetapan kelayakan akademik itu akan dikuat kuasa sepenuhnya pada 2020."
Rujukan:
https://www.hmetro.com.my/node/163016
https://www.scribd.com/doc/36133244/Faktor-Genetik-Dan-Persekitaran-Mempengaruhi-Perkembangan-Kreativiti-Kanak-kanak
Comments
Post a Comment