Posts

Pentingnya Peranan Pengasuh Kanak-kanak Berpendidikan

Image
PERTAMBAHAN jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan kanak-kanak (taska) semakin meningkat. Pun begitu, pilihannya tetap ada. Ibu bapa juga boleh memilih untuk menghantar anak-anak atau bayi mereka ke rumah pengasuh. Apa pun alasannya, yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Bagi yang mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang sudi mengasuh anak anda, ia mungkin mendapat ketenangan hati dan fikiran apabila meninggalkan anak di bawah jagaan individu yang dikenali. Namun, bagi ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak ke taska atau rumah pengasuh yang baru dikenali, pastinya persoalan sama ada anak mereka diasuh dengan baik akan berlegar-legar di fikiran. Ibu bapa pasti berasa senang hati sekiranya semua pengasuh mempunyai ilmu untuk mengasuh secukupnya. Bagi pengasuh, tidak mengira sama ada di taska ataupun di rumah, ada bebe...

Kursus Terdapat di National Integrated College (NIC) Setapak

Image
KURSUS TERBARU : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK / EARLY CHILHOOD EDUCATION  DI  NATIONAL INTEGRATED COLLEGE (NIC) NIC telah lama ditubuhkan sejak tahun 1999 dan masih kukuh teguh berdiri sehingga sekarang. Kebanyakkan kursus yan ditawarkan agar rare daripada kolej-kolej yang lain. Kalau nak tahu rare atau tidak boleh terus go though web NIC.  Kursus-kursus yang ditawarkan kebanyakkan mempunyai pasaran peluang kerja yang luas. Oleh yang demikian, mesti  dan haruslah kelayakan untuk masuk juga agak tinggi. Bagi pelajar sains dan sastera bolehla usya-usya hujung mata kursus yang tawarkan.  Tapi di sini saya ingin memberi details tentang kursus pendidikan awal kanak-kanak. Ini rentetan daripada ramai orang yang tercari-cari di mana hendak menyambung pengajian bagi golongan cintakan kanak-kanak. Jangan cinta sahaja, tapi cubalah untuk mencorak sekali.  Saya kenalkan kursus di kolej ini kerana kursus ini baru sahaja diperkenalkan. ...

KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Universiti / Kolej)

Image
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD AND EDUCATION  Terdapat banyak universiti dan kolej tempatan mula menawarkan kursus ini secara meluas kepada umum. Golongan yang wajib mengambil kurus ini adalah guru pra sekolah dan guru di pusat asuhan.  Walau bagaimanapun, golongan lepasa SPM yang berminat untuk menjadi guru pusat asuhan (tadika / taska) boleh mula mengambil langkah dengan mengambil kursus ini.  Hal ini adalah bagi menyahut cabaran Wawasan 2020 bagi melahirkan modal insan yang berjaya bagi menjamin kesejahteraan rakyat.  Antara kolej dan universiti tempatan di bawah pengetahuan saya yang menawarkan kursus ini adalah:  1. National Integrated College (Kolej Bersepadu National) http://www.niche.edu.my/v2/diploma-in-early-childhood-education/ Program 2.5 tahun 2. Kolej Geomatika  http://www.geomatika.edu.my/course/44/Diploma-in-Early-Childhood-Education/ Program 3 tahun 3. Univ...

Wajib Miliki Diploma

Image
Kini Diploma Diperlukan Bagi Guru Pusat Asuhan dan Pra Sekolah  Kuala Lumpur: Semua agensi pelaksana pendidikan prasekolah perlu mengambil guru prasekolah baru berkelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun depan. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penetapan kelayakan akademik itu akan dikuat kuasa sepenuhnya pada 2020. "Guru prasekolah yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan dan swasta boleh mengikuti pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang menawarkan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak menggunakan kelayakan masuk khas iaitu Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. "Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan pihak institusi pendidikan tinggi berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mahdzir berkata semua agensi pelaksana perlu memberi perhatian terhadap kebajikan guru prasekolah sedia ada yang tidak memiliki kelayakan untuk melanjutkan pengajian pada...

PENTINGNYA DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Image
PENTINGNYA DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang. 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia sebelum kemerdekaan merupakan pendidikan tidak formal dan lebih kepada pendi...

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak

Image
Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK).  Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan, pengab...