Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK).
Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995.
Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008
"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".

Comments
Post a Comment