Pentingnya Peranan Pengasuh Kanak-kanak Berpendidikan
PERTAMBAHAN jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan kanak-kanak (taska) semakin meningkat. Pun begitu, pilihannya tetap ada. Ibu bapa juga boleh memilih untuk menghantar anak-anak atau bayi mereka ke rumah pengasuh. Apa pun alasannya, yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Bagi yang mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang sudi mengasuh anak anda, ia mungkin mendapat ketenangan hati dan fikiran apabila meninggalkan anak di bawah jagaan individu yang dikenali. Namun, bagi ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak ke taska atau rumah pengasuh yang baru dikenali, pastinya persoalan sama ada anak mereka diasuh dengan baik akan berlegar-legar di fikiran. Ibu bapa pasti berasa senang hati sekiranya semua pengasuh mempunyai ilmu untuk mengasuh secukupnya. Bagi pengasuh, tidak mengira sama ada di taska ataupun di rumah, ada bebe...